Aku seorang blogger, penulis online dan bebas. Aku juga seorang youtuber yang memuat naik apa saja yang perlu. Aku bebas dan ingin sentiasa bebas kerana aku tak suka dipaksa.
Hidupku bergantung hanya pada Allah kerana Allah sentiasa ada dalam hatiku.
Bahagiaku hanya kerana alam ciptaan Allah yang terindah. Sungai, gunung, lautan dan apa saja panorama alam ini mampu membuat aku tersenyum dan tenang berfikir.
Aku suka mengarang terutama tentang dilema wanita kerana aku juga sering dalam dilema.
Sesekali aku akan mengarang untuk meluahkan rahsia di hati. Mengarang juga membuat jiwaku kembali tenang daripada sebarang masalah.
Lega segala beban di jiwa setiap kali aku menaip bait-bait kata. Ringan rasa bahu yang memikul beban.
Hobiku selain menulis adalah mengedit video. Maka terhasillah semua video dalam channel Youtube ku ini.
Moga memberi manfaat pada semua penonton.