Dalam usaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di negeri Pahang, Pusat Kutipan Zakat telah mengadaptasi pelbagai kemudahan ICT yang ada. Untuk tahun 2015, PKZ telah mengenalpasti, membina dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan ICT yang disediakan. Dengan pendekatan bagi menyediakan kemudahan atau aplikasi yang 'mudah guna' (easy and friendly applications ) maka PKZ telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti ' Aplikasi Android ' yang dikenali sebagai 'Zakatklik!' , kemudahan mencetak penyata zakat iaitu 'Ezakatpahang' dan kemudahan membayar zakat melalui 'Rakan Zakat'.
Selain itu, salah satu usaha yang dilakukan oleh PKZ adalah untuk mengajak masyarakat mengenali dan berurusniaga dengan para peniaga dan usahawan yang telah mempunyai rekod bayaran zakat. PKZ telah menyediakan satu 'direktory' peniaga di dalam senarai 'Usahawan Berkat' untuk rujukan orang ramai bagi berurusniaga dan mendapatkan khidmat para usahawan terlibat.
Zakat4u....Mudah Ibadah