TV PSS SK SIJANGKANG JAYA adalah inisiatif pihak sekolah untuk mewujudkan satu saluran YouTube sebagai medium penyampaian maklumat yang berkesan kepada para guru, murid dan ibu bapa dalam susana negara menghadapi pandemik Covid-19. Saluran ini akan menyiarkan aktiviti-aktiviti anjuran sekolah secara langsung serta apa-apa kandungan yang berguna untuk warga SK Sijangkang Jaya. Saluran YouTube rasmi SK Sijangkang Jaya dikenali sebagai TV PSS SK SIJANGKANG JAYA.